Monday, July 11, 2011

Maha Suci Engkau ya Allah !!!

Aslkm Wr Wb,
Baru semalam saya hadir ceramah iaitu tentang dua keluarga... Keluarga yang pertama dari Malaysia, Kuala Lumpur. Yang kedua, dari Singapore, local people.. Ana sungguh kagum dengan kedua-dua keluarga itu.. Mereka mendidik anak-anak mereka dengan cara yang sungguh menakjubkan.. InsyaAllah ana masih ingat lagi apa yang dikatakan tentang mendidik anak-anak mereka.. Keluarga pertama, Adik Muhammad Bin Ahmad Zahid(saya tak sepatutnya memanggilnya adik memandangkan umur kita sama) dan ayahnya.. Apa yang ana tahu, Muhammad ini seorang penghafaz Al-quran dan yang paling menakjubkan ialah dia mulai menghafal Al-quran semenjak umurnya 10! Dan mulai membaca di umur yang amat tak disangka-sangkakan, 4 tahun. SubhanAllah! banyak lagi yang menarik tentang dirinya tetapi tak dapat ana beritahu kerana, ana pun da terlupa... Afwan ye.. hehs.. Kerap kali ketika ia berusia 10 tahun, selalu dirotan oleh guru yang mengajar tetapi baginya itu bukanlah satu perbuatan yang menunjukkan sikap kebencian, sebaliknya dia mengambil sebatan itu sebagai pengajaran bahawa dia harus melakukan yang terbaik  buat hari yang kemudian dan memuaskan hati gurunya. Ana sungguh minat dengan perbualannya yang teramat sopan dan penuh dengan keyakinan... Ana doakan agar semoga Muhammad akan menjadi seorang muslim yang akan menyebarkan agama Islam yang sangat suci... Amin.. Kita doakan sama-sama ye...


Buat kelurga yang kedua, Pak cik ini mempunyai 7 orang anak yang amat disayangi dan dia membimbing ketujuh-tujuh anak ini sebaik yang mungkin sehinggalah, anak-anaknya menjadi qari dan qariah.. SubhanAllah! Yang ana tahu anaknya yang paling muda berusia 10 tahun dan sudah menjadi qariah... Kita doakan agar adik yang comel ini menjadi muslimah yang menyebarkan tentang ugama Islam yang suci ini juga..


Okaylah.. Ana sudah mengantuk ni.. Ana pergi dulu ye.. Panjang umur, kita jumpa lagi.. InsyaAllah...


Salam sayang,
Sukainah

No comments:

Post a Comment