Monday, September 19, 2011

Perbezaan fahaman-fahaman

1. Kaum Syiah, kaum yang berlebih-lebihan memuja Saidina Ali bin Abi Talib. Malah dikatakan mereka tidak mengakui ketiga-tiga Khalifah yaitu, Khalifah Abu bakar as-siddiq, Umar ak-Khattab dan Uthman Affan. Namun, fahaman Syiah juga berpecah kepada 22 aliran.


2. Kaum Khawarij, kaum yang membenci Saidina Ali bin Abi Talib, malah ada yang mengkafirkannya. Meraka sanggup membunuh Saidina Ali dan keluarganya. Mereka tidak sependapat dan berpecah kepada 20 aliran.


3. Kaum Muktazilah, kaum yang berfahaman Tuhan tidak mempunyai sifat. Kerana itu manussia berkuasa ke atas dirinya sendiri. Baik dan buruk berganung pada pilihan sendiri. Mereka berpendapat manusia tidak boleh melihat Tuhan walau di dalam Syurga. Mereka berpendapat Syurga dan Neraka berserta penghuninya tidak kekal. Israk dan Mikraj Nabi Muhammad berlaku dengan roh sahaja. Fahaman Muktazilah berpecah kepada 20 aliran.


4. Kaum Murijah, mereka berpendapat sesiapa yang sudah Islam dan beriman sekiranya melakukan maksiat tetap masuk Syurga seperti orang kafir yang membuat kebajikan tetap masuk Neraka.


5. Kaum Najriyah, mereka berpendapat manusia melakukan sesuatu perbuatan itu kerana sudah ditentukan Tuhan. Mereka juga mengatakan sifat Tuhan tidak ada.


6. Kaum Jabariyah, mereka berpendapat untung nasib setiap manusia sudah ditentukan sejak azali lagi. Manusia tidak mempunyai daya dan upaya mengubahnya.. Contoh, seseorang itu sudah ditentukan tempatnya di Syurga ataupun Neraka.


7. Kaum Musyabbibah, merka berpendapat Tuhan juga bersifat seperti manusia, ada tangan, mata, kaki, duduk di atas kerusi dan sering turun naik di antara langit dan bumi.


8. Ahli Sunah Wal Jamaah