Wednesday, July 27, 2011

Aqidah- 2012???


Pengenalan

Kita digemparkan dengan ramalan kiamat pada tahun 2012. Mengikut kalendar Mayan, mereka menggambarkan kemusnahn dunia pada tahun yang sama. Tetapi mengapa kita perlu resah dengan segala propaganda Barat ini?

Ramalan Demi Ramalan

Kegelisahan ini mula tibul setelah ramalan ini digembar-gemburkan oleh pihak Barat. Situasi menjadi lebih tegang apabila kehadiran filem '2012' yang menunjukkan saat kehancuran segenap pelosok dunia. Persoalannya, benarkah kiamay akan tiba pada 21/12/2012?

Kiamat 2011?

Mengikut ramalan tersebut, tarikh 21/12/2011 akan jatuh paa pertengahan bulan Ramadhan dan hari Jumaat. Maka, di sini dilihat betapa kononnya kiamat akan menjelang pada tarikh tersebut. Seberapa pastikah kita terhadap ramalan itu? secara teknikalnya, seakan ada kebenaran yang terselit, namun secara hakikatnya sebagai Muslim kita harus kembali kepada fitrah.

Menginsagi Diri Dengan Tanda-Tanda Kiamat

Secara harfiahnya, sebagai Muslim yang bertunjangkan aqidah Islam, beriman pada Hari Kiamat merupakan Rukun Iman yang wajib kita Imani. Tidak dapat kita sangkal lagi tanda-tanda Hari Kiamat sudah terlalu banyak muncul.
  • Perempuan lebih ramai berbanding lelaki
  • Peperangan demi peperangan berlaku
  • Ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik
  • Masa menjadi singkat
  • Munculnya galian-galian bumi
  • ulama tidak dipedulikan
  • Perempuan berpakaian tetapi bertelanjang
  • Banyak bangunan pencakar langit
  • Gempa bumi kerap berlaku
  • Gerhana
Sebenarnya masih banyak lagi tanda-tanda besar dan kecil akhir zaman yang tidak mampu disenaraikan kerana kemunculannya telah terlalu ketara dn umat Islam sendiri sudah mampu untuk menilai keadaan dunia pada masa kini.

Tidak akan ada sesuatu yang akan kekal selama-lamanya kecuali Allah. Kita meyakini akan wujudnya hari pembalasan, iaitu Hari Kiamat. Hari Kiamat itu pasti dan akan terjadi. Maka, segala tribulasi tentang persoalan 2012 itu harus diimbang secara hati-hati kerana sesungguhnya itu bakal menggugat aqidah Muslim.

Taktik barat

Barat mengetahui mereka tidak akan beroleh kemenangan jika menggempur umat Islam dengan senjata. Lalu, jarum halus ditusuk pada pemikiran melalui ideologi karut-marut yang dibawa seperti liberalisme yang mengaplikasikan hukum agama secara membuta tuli.

2012 adalah strategi Barat untuk mencetuskan global panik dalam diri manusia, khususnya umat Islam. Setelah dipadatkan minda dengan kehadiran filem 2012 yang ditayangkan di seluruh pawagam dunia, kegelisahan dan kebimbangan warga dunia manular tentang penghujung dunia. Maka, secara tidak langsung, kebertangtungan pada Allah terhakis hari demi hari kerana terlalu mempercayai akan ramalan tersebut.

Di sini jelas menunjukkan peribadi Muslim itu dicemari secara tidak kita sedari. Tidak hairan jika ramai manusia mengagungkan 'kuasa' penetuan yang ada pada manusia berbanding Allah yang sememangnya berkuasa menentukan segala apa yang berlaku di dunia. Apabila hilangnya kebergantungan pada Allah, maka aqidah Muslim pincang, retaklah kekuatan iman, maka runtuhlah kegemilangan Islam. Barat amat takut umat Islam bersatu hati dalam perjuangan seaqidah, jadi mereka meyalurkan ideologi tersebut agar pepecahan dapat berlaku.

Contoh paling mudah, antara cabang lain dalam liberalisme adalah hedonisme. Hedonisme adalah budaya mengagungkan hiburan secara melampau. Secara telusnya kita melihat betapa hebatnya rancangan realiti televisyen yang menyebabkan hampir semua lapisan masyarakat mengahiskan waktu dengan duduk di hadapan televisyen. Bukan itu sahaja, mereka malah berbincang dan berbicara tentang si polan dan si polan itu. Di sini, kebobrokan yang melanda secara sulit telah menyebabkan kebejatan aqidah umat Islam begitu ketara. Kita mungkin terlepas pandang isu sebegini menganggap ianya fenomena sementara, tetapi sebenarnya kesan tersebut berpajangan.


2012 an Kesudahan Sepatutnya
Diberi anologi mudah - jika sikap manusia sudah mengtahui bilakah malaikat Izrail akan datang mencabut nyawa, pasti diri akan bersiap sedia dengan beramal ibadat yang banyak dan tidak terhitungkan. Lalu, jika benarlah ternyata 2012 ini merupakan pengakhiran kepada kehidupan, kita tidak punya kuasa untuk menghalang. Begitu juga sebaliknya, jika ternyata tiada tejadi apapun pada tarikh tersebut, maka itu semua sememangnya di bawah kekuasan Allah - (buku kesan Ekstrimis Terhadap Umat Islam oleh Dr. Muhammad al-Zuhali terbitan Darul Nu'man dan Menyangkal Kiamat 2010 oleh Muhammad Nizam Abd. Razak terbitan Kharisma Network Sdn.Bhd.)

Friday, July 22, 2011

إن الله معنا.: Wanita Pertama Menghuni Syurga

إن الله معنا.: Wanita Pertama Menghuni Syurga: "Rasulullah s.a.w pernah memberitahu puteri kesayangannya Fatimah, bahawa beliau bukanlah wanita pertama yang akan masuk ke syurga. Hal itu s..."

Tuesday, July 19, 2011

Larangan Melihat Lelaki Asing

Soalnya ialah haendaknya seorang wanita itu memelihara pandangannya kepada lelaki asing (bukan mahram), kerana sesungguhnya Allah Ta'ala telah memerintahkannya supaya menutupkan pandangannya. Sesungguhnya ramai antara wanita masih jahil tentang pengharaman seorang wanita memandang kepada lelaki asing, kerana hukumnya memandang kepada orang asing itu adalah haram sebagaimana haram juga orang lelaki memandang kepada orang perempuan. Telah diriwayatkan daripada Ummi Salamah, bahawa sekali peristiwa dia berada di rumahNabi S.A.W. bersama Maimunah, maka engan tiba-tiba telah datang Ibnu Ummi Maktum lalu masuk di rumah Nabi. Lalu Nabi S.A.W. berkata kepada Ummi Salamah dan Maimunah: Tutuplah dirimu daripada Ibnu Ummi Maktum. Ummi Salamah berkata kepada Rasulullah, bukankah dia itu buta dan tidak apat melihat kami?! Jawab Baginda: Apakah kamu berdua juga buta? Tidakkah kamu berdua dapat melihatnya?!
(Riwayat Abu Daud dan Termidzi)

Jelaslah, seorang wanita itu tidak boleh melihat apa pun dari anggota lelaki, yang demikian itu sesuai dengan hukum yang disebutkan di atas, kerana niat wanita terhadap lelaki sama dengan niat lelaki terhadap wanita. Lantaran itu perhatikanlah semua itu, dan beramallah denganNya, nescaya kamu akan berjaya insyaAllah dengan memperolehi kebaikan dan kemuliaan.

Wednesday, July 13, 2011

Syukran Ya Allah!!!

MasyaAllah... Memang benar manusia ini terlalu hina dan cepat leka.. itu lah yang telah berlaku terhadap ana... ana telah leka, lalai... tetapi di waktu yang sama, ana tidak lalai bagi mengingati Allah dan RasulNya... Ana lalai ketika ana bergambar.. Ana bergambar sehingga aku tidak sedarkan diri... Syukur ke hadrat illahi kerana seseorang telah menegur ana dengan berkata, "jgn terlalu byak sgt bergmbar ye wak...skali pndang berwajah sndri,pabila byak kli bergmbar tidak lagi berwajah sendri....ia akn berubah mnjadi wajah syaitan...wAllah wa'lam...smoga kta bnar2 mnjadi hamba yg sntiasa mengingati-Nya...insya-Allah." Dengan spontan, airmata ana mengalir deras.. Ana terus terpukul dengan kata-katanya dan terus ana melakukan solat sunat taubat.. Ana taubat.. Alhamdulillah kerana ana sempat bertaubat... Syukran ya Allah kerana telah menghantar seseorang bagi mengingati hambamu yang lemah ini... Mudah-mudahan ana tidak akan lalai lagi.. Ya Allah kau bimbingilah daku.. Jauh kanlah daku dari kemaksiatan dan kelalaian... Sungguh ana tidak sedar ketika ana mengambil gambar sebanyak yang mungkin.. Ana bersyukur sesangat.. Ya Allah, aku taubat Ya Allah. Terimalah taubatku ya Allah.. Aku ialah hambamu yang paling hina dan yang paling lemah ya Allah.. Tiada Tuhan melainkan engkau da Rasul itu utusanMu.. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat.. Perkenankanlah doaku ini ya Allah.. Aku mohon taubat...)))))':

Monday, July 11, 2011

Maha Suci Engkau ya Allah !!!

Aslkm Wr Wb,
Baru semalam saya hadir ceramah iaitu tentang dua keluarga... Keluarga yang pertama dari Malaysia, Kuala Lumpur. Yang kedua, dari Singapore, local people.. Ana sungguh kagum dengan kedua-dua keluarga itu.. Mereka mendidik anak-anak mereka dengan cara yang sungguh menakjubkan.. InsyaAllah ana masih ingat lagi apa yang dikatakan tentang mendidik anak-anak mereka.. Keluarga pertama, Adik Muhammad Bin Ahmad Zahid(saya tak sepatutnya memanggilnya adik memandangkan umur kita sama) dan ayahnya.. Apa yang ana tahu, Muhammad ini seorang penghafaz Al-quran dan yang paling menakjubkan ialah dia mulai menghafal Al-quran semenjak umurnya 10! Dan mulai membaca di umur yang amat tak disangka-sangkakan, 4 tahun. SubhanAllah! banyak lagi yang menarik tentang dirinya tetapi tak dapat ana beritahu kerana, ana pun da terlupa... Afwan ye.. hehs.. Kerap kali ketika ia berusia 10 tahun, selalu dirotan oleh guru yang mengajar tetapi baginya itu bukanlah satu perbuatan yang menunjukkan sikap kebencian, sebaliknya dia mengambil sebatan itu sebagai pengajaran bahawa dia harus melakukan yang terbaik  buat hari yang kemudian dan memuaskan hati gurunya. Ana sungguh minat dengan perbualannya yang teramat sopan dan penuh dengan keyakinan... Ana doakan agar semoga Muhammad akan menjadi seorang muslim yang akan menyebarkan agama Islam yang sangat suci... Amin.. Kita doakan sama-sama ye...


Buat kelurga yang kedua, Pak cik ini mempunyai 7 orang anak yang amat disayangi dan dia membimbing ketujuh-tujuh anak ini sebaik yang mungkin sehinggalah, anak-anaknya menjadi qari dan qariah.. SubhanAllah! Yang ana tahu anaknya yang paling muda berusia 10 tahun dan sudah menjadi qariah... Kita doakan agar adik yang comel ini menjadi muslimah yang menyebarkan tentang ugama Islam yang suci ini juga..


Okaylah.. Ana sudah mengantuk ni.. Ana pergi dulu ye.. Panjang umur, kita jumpa lagi.. InsyaAllah...


Salam sayang,
Sukainah