Tuesday, May 10, 2011

Personal ...

  Maaflah kalau tiba-tiba ada personal blog pulak. Tak sanggup nak buat yang baru. Pada mulanya, saya nak memperkenalkan nama saya, Sukaina Bte Muhamad. Saya rasa tiada rahsia untuk memberitahu nama saya. Kita cerita yang ringkas-ringkas ajelah kay. Hm. pelik tak kalau saya cerita pasal wanita yang tak bertudung dan bagaimana perasaannya ketika hatinya da terbuka untuk memakai tudung tetapi tidak tahu waktu yang sesuai untuk memakainya. Saya memakai namanya dengan gelaran aku ajelah kay.


  Aku merasa gembira tatkala rambutku yang dihias rapi dan aku kelihatan anggun dengan baju yang tidak menutupi lenganku dan seluar yang tidak menutupi keseluruhannya.. Aku berjalan da terus menuju ke perpustakaan yang berdekatan dengan rumah. Aku memang gemar membaca buku di perpustakaan. Tiba di perpustakaan, aku ternampak buku novel melayu yang berjudul, 'Ayat-ayat Cinta' dan wanita muslimah. Hatiku menyuruhku untuk mengambil kedua-dua buku itu. Dengan spontan, aku mengambil buku itu dan terus mencari tempat duduk. Setelah mendapat tempat duduk, dengan segera aku membaca buku yang telah aku ambil tadi. Aku hayati setiap rangkaian yang ada didalamnya.. Sungguh menakjubkan. Mulai dari hari itu, aku semakin gemar membaca buku novel islam dan terus membacaya setiap hari. Aku menjadi cemburu kerana aku mendapatkan ramai wanita didalam buku itu memakai tudung dan aku cemburu dengan sifat mereka yang sopan dan ayu. Dengan sekelip mata aku dapat merasakan yang aku semakin berubah menjadi lebih pendiam dan kurang marah. Keluargaku juga memberitahu itu juga rakan-rakanku. Aku gembira dengan sikapku demikian. Sampai satu saat, aku mulai solat lima waktu dan tidak pernah meninggalkannya. Aku juga mengaji setiap hari. Tetapi satu perbuatan yang belum aku laksanakan iaitu memakai tudung. Aku juga menyertai madrasah 'part-time'.


  Sehingga satu hari aku memberitahu bahwa aku ingin memakai tudung. Tetapi auntyku memberitahu jika aku ingin memakainya, jangan sesekali menyesal. Kerana kebanyakkan wanita sekarang yang memakai tudung hanya mengikut trendy. Tetapi aku percaya yang aku bukan seperti itu. Hatiku ikhlas ingin memakainya. Tetapi yang aku bingung kini bilakah waktu yang tepat akan aku memakai tudung. Wahai Tuhanku yang Esa kau tunjukkanlah aku waktu yang tepat untukku memakainya. Kadangkala aku sedih kerana ada yang tidak mempercayai diriku. Tapi aku tidak sedih kerana aku percaya bahawa Engkau ada dan akan selalu bersmaku.. Ya Allah batuilah hambamu yang kebingungan ini...


  Aslkm Wr.Wb
  Sukaina

Thursday, May 5, 2011

Mengungkit-ungkit Pemberian

Kebanyakkan orang pada masa sekarang ni suka menyebut-nyebut dan mengungkit-ungkit pemberiannya, kebaikan dan amalnya. Kadang-kadang orang yang memberi marasa ada hak terhadap orang yang diberi atau dibantunya . Misalnya minta dihormati dan harus membesar-besarkannya. Firman Allah maksudnya: "Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keradhaan Allah, kami tidak mengharapkan balasan dari kamu dan tidak pula ucapan terima kasih. Sesungguhnya kami takut akan azab suatu hari (di hari itu orang bermuka) masam, penuh kesusahan yang datang dari Tuhan kami." (Al-Insan: 9-10)


  Ayat tersebut di atas dapatlah difahami, bahawa suatu pemberian dan pertolongan yang akan mendapat pahala, ialah pemberian yang ikhlas semata-mata hanya kerana Allah, selain daripada niat yang demikian itu, maka gugurlah amalannya. Mengungkit-ungkit atau menyebut-nyebut pemberian, ialah menyebut kebaikan atau amal kita kepada orang lain tanpa ada suatu keperluan, dengan maksud menunjukkan kelebihan kita. Sehingga apabila didengar orang yang diberi tersebut tentu mereka merasa sedih. Kadangkala orang yang diberi atau ditolong itu terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepada yang memberi maka orang itu dicela. Orang yang bersifat seperti ini, maka semua amal yang dikerjakannya tidka akan mendapat pahala. sebagaimana firman Allah yang maksudya: "Hai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekahmu dengan menyebut-nyebut dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riyak kepada manusia dan dia tidak beriman kapada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadikan dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak mendapat sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan dan tidak memberi petunjuk kepada oran-orang yang kafir." (Al-baqarah: 264)


  FirmaNya lagi maksudnya: "Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak meniringi apa yang disedekahkannya itu dengan menyebut-nyebutpemberiannya dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperola=eh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati." (Al-Baqarah: 262)


  Rasulullah SAW pula bersabda meksudnya: "tiga orang yang Allah tidak berbicara dengan mereka pada hari kiamat, tidak mahu melihat kepada mereka, tidak mensucikan mereka, dan bagi mereka azab yang pedih, iaitu orang yang menurunkan kainnya yang sombong, orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya, dan orang yang membagus-baguskan barang dagangannya dengan sumpah palsu." (HR.Muslim)


  Oleh kerana itu wahai Ukhti Muslimah, hindarilah diri dari perbuatan suka mengungkit-ungkit pemberian, kerana sifat ini biasanya adalah sifat kanak-kanak, di samping itu amal yang kita kerjakan tidak ada faedahnya sedikitpun.