Tuesday, July 19, 2011

Larangan Melihat Lelaki Asing

Soalnya ialah haendaknya seorang wanita itu memelihara pandangannya kepada lelaki asing (bukan mahram), kerana sesungguhnya Allah Ta'ala telah memerintahkannya supaya menutupkan pandangannya. Sesungguhnya ramai antara wanita masih jahil tentang pengharaman seorang wanita memandang kepada lelaki asing, kerana hukumnya memandang kepada orang asing itu adalah haram sebagaimana haram juga orang lelaki memandang kepada orang perempuan. Telah diriwayatkan daripada Ummi Salamah, bahawa sekali peristiwa dia berada di rumahNabi S.A.W. bersama Maimunah, maka engan tiba-tiba telah datang Ibnu Ummi Maktum lalu masuk di rumah Nabi. Lalu Nabi S.A.W. berkata kepada Ummi Salamah dan Maimunah: Tutuplah dirimu daripada Ibnu Ummi Maktum. Ummi Salamah berkata kepada Rasulullah, bukankah dia itu buta dan tidak apat melihat kami?! Jawab Baginda: Apakah kamu berdua juga buta? Tidakkah kamu berdua dapat melihatnya?!
(Riwayat Abu Daud dan Termidzi)

Jelaslah, seorang wanita itu tidak boleh melihat apa pun dari anggota lelaki, yang demikian itu sesuai dengan hukum yang disebutkan di atas, kerana niat wanita terhadap lelaki sama dengan niat lelaki terhadap wanita. Lantaran itu perhatikanlah semua itu, dan beramallah denganNya, nescaya kamu akan berjaya insyaAllah dengan memperolehi kebaikan dan kemuliaan.

No comments:

Post a Comment