Wednesday, July 27, 2011

Aqidah- 2012???


Pengenalan

Kita digemparkan dengan ramalan kiamat pada tahun 2012. Mengikut kalendar Mayan, mereka menggambarkan kemusnahn dunia pada tahun yang sama. Tetapi mengapa kita perlu resah dengan segala propaganda Barat ini?

Ramalan Demi Ramalan

Kegelisahan ini mula tibul setelah ramalan ini digembar-gemburkan oleh pihak Barat. Situasi menjadi lebih tegang apabila kehadiran filem '2012' yang menunjukkan saat kehancuran segenap pelosok dunia. Persoalannya, benarkah kiamay akan tiba pada 21/12/2012?

Kiamat 2011?

Mengikut ramalan tersebut, tarikh 21/12/2011 akan jatuh paa pertengahan bulan Ramadhan dan hari Jumaat. Maka, di sini dilihat betapa kononnya kiamat akan menjelang pada tarikh tersebut. Seberapa pastikah kita terhadap ramalan itu? secara teknikalnya, seakan ada kebenaran yang terselit, namun secara hakikatnya sebagai Muslim kita harus kembali kepada fitrah.

Menginsagi Diri Dengan Tanda-Tanda Kiamat

Secara harfiahnya, sebagai Muslim yang bertunjangkan aqidah Islam, beriman pada Hari Kiamat merupakan Rukun Iman yang wajib kita Imani. Tidak dapat kita sangkal lagi tanda-tanda Hari Kiamat sudah terlalu banyak muncul.
  • Perempuan lebih ramai berbanding lelaki
  • Peperangan demi peperangan berlaku
  • Ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik
  • Masa menjadi singkat
  • Munculnya galian-galian bumi
  • ulama tidak dipedulikan
  • Perempuan berpakaian tetapi bertelanjang
  • Banyak bangunan pencakar langit
  • Gempa bumi kerap berlaku
  • Gerhana
Sebenarnya masih banyak lagi tanda-tanda besar dan kecil akhir zaman yang tidak mampu disenaraikan kerana kemunculannya telah terlalu ketara dn umat Islam sendiri sudah mampu untuk menilai keadaan dunia pada masa kini.

Tidak akan ada sesuatu yang akan kekal selama-lamanya kecuali Allah. Kita meyakini akan wujudnya hari pembalasan, iaitu Hari Kiamat. Hari Kiamat itu pasti dan akan terjadi. Maka, segala tribulasi tentang persoalan 2012 itu harus diimbang secara hati-hati kerana sesungguhnya itu bakal menggugat aqidah Muslim.

Taktik barat

Barat mengetahui mereka tidak akan beroleh kemenangan jika menggempur umat Islam dengan senjata. Lalu, jarum halus ditusuk pada pemikiran melalui ideologi karut-marut yang dibawa seperti liberalisme yang mengaplikasikan hukum agama secara membuta tuli.

2012 adalah strategi Barat untuk mencetuskan global panik dalam diri manusia, khususnya umat Islam. Setelah dipadatkan minda dengan kehadiran filem 2012 yang ditayangkan di seluruh pawagam dunia, kegelisahan dan kebimbangan warga dunia manular tentang penghujung dunia. Maka, secara tidak langsung, kebertangtungan pada Allah terhakis hari demi hari kerana terlalu mempercayai akan ramalan tersebut.

Di sini jelas menunjukkan peribadi Muslim itu dicemari secara tidak kita sedari. Tidak hairan jika ramai manusia mengagungkan 'kuasa' penetuan yang ada pada manusia berbanding Allah yang sememangnya berkuasa menentukan segala apa yang berlaku di dunia. Apabila hilangnya kebergantungan pada Allah, maka aqidah Muslim pincang, retaklah kekuatan iman, maka runtuhlah kegemilangan Islam. Barat amat takut umat Islam bersatu hati dalam perjuangan seaqidah, jadi mereka meyalurkan ideologi tersebut agar pepecahan dapat berlaku.

Contoh paling mudah, antara cabang lain dalam liberalisme adalah hedonisme. Hedonisme adalah budaya mengagungkan hiburan secara melampau. Secara telusnya kita melihat betapa hebatnya rancangan realiti televisyen yang menyebabkan hampir semua lapisan masyarakat mengahiskan waktu dengan duduk di hadapan televisyen. Bukan itu sahaja, mereka malah berbincang dan berbicara tentang si polan dan si polan itu. Di sini, kebobrokan yang melanda secara sulit telah menyebabkan kebejatan aqidah umat Islam begitu ketara. Kita mungkin terlepas pandang isu sebegini menganggap ianya fenomena sementara, tetapi sebenarnya kesan tersebut berpajangan.


2012 an Kesudahan Sepatutnya
Diberi anologi mudah - jika sikap manusia sudah mengtahui bilakah malaikat Izrail akan datang mencabut nyawa, pasti diri akan bersiap sedia dengan beramal ibadat yang banyak dan tidak terhitungkan. Lalu, jika benarlah ternyata 2012 ini merupakan pengakhiran kepada kehidupan, kita tidak punya kuasa untuk menghalang. Begitu juga sebaliknya, jika ternyata tiada tejadi apapun pada tarikh tersebut, maka itu semua sememangnya di bawah kekuasan Allah - (buku kesan Ekstrimis Terhadap Umat Islam oleh Dr. Muhammad al-Zuhali terbitan Darul Nu'man dan Menyangkal Kiamat 2010 oleh Muhammad Nizam Abd. Razak terbitan Kharisma Network Sdn.Bhd.)

No comments:

Post a Comment