Thursday, April 7, 2011

Rahsia dan Hikmah Sembahyang

Segala ibadah dalam Islam mengandungi rahsia dan hikmah yang besar dan amat berfaedah bagi yang mengerjakannya. Ibadah sembahyang yang merupakan seutama-utama ibadah mempunyai rahsia dan hikmah yang amat besar dan mendatangkan pengaruh dalam kehidupan seseorang Muslim, di antaranya ialah;

  • Dapat mengingatkan seseorang kepada Allah seperti hidupkan rasa takut kepada-Nya, menghidupkan rasa takut menambahkan rasa kebesaran, ketiggian dan keagungan Allah. Sembahyang pada hakikatnya sembahyang dapat menyuburkan pokok dan asas-asas tauhid di dalan jiwa seta haluskan jiwa dan menghaluskan budi pekerti insan. Di samping itu sembahyang juga merupakan tali penghubung yang menghubungkan antara para hambs dengan Allah melalui doa dan zikir yang dibaca ketika sembahyang.
  • Dapat mendidik dan melatih umat Islam menjadi orang yang tenang dan dapat menghadapi segala kesusahan denagn hati yang tenang di samping dapat menghilangkan sifat tamak. Sesunguhnya orang yang benar-benar mendirikan solat sekali-kali takut akan kemiskinan dan kepapaan dengan kerana banyak mengluarkan harta di jalan Allah. Justeru itu sembahyang dapat menguatkan istiqamah, menguatkan disiplin, hati-hati dan tidak tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu amal kebajikan.
  • Dapat menghalang dari perkara-perkara keji dan mungkar. Sesungguhnya segala amalan dalam sembahyang menghidupkan di dalam diri dan jiwa manusia perasaan membesarkan dan mengagungkan Allah. Oleh itu perasaan inilah yang dapat menyelamatkan menusia dari melakukan maksiat dan taat kepada Allah.
         Seperti dalam firman Allah:
         "Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah manusia berbuat perkara keji dan mungkar."
        
 "Hai anakku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah orang berbuat yang baik dan laranglah berbuat yang jahat serta sabarlah atas cubaan yang menimpamu. Sesungguhnya demikian itu pekrjaan yang dicita-citakan."
  •    Dapat melatih dan mendidik ahli keluarga mencintai ibadah dengan mengharapkan keradhaan Allah.
     
       Seperti dalam firman Allah:
       Ya Tuhanku jadikanlah aku seorang yang mendirikan sembahyang begitu juga anak-anakku, ya
        Tuhan kami. Dan perkenankanlah doaku. 
  • Memperoleh Pembalasan Dan Anugerah Yang Baik Dari Allah. Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang sentiasa limpahkan anugerahNya kepada hamba-hambaNya yang taat mengrjakan segala perintahNya dengan tekun dan ikhlas dengan berapa darjat yang dikehendaki.  

4 comments:

  1. nana setiap apa nana post ia amat tersentuh hati mummy.kadang kala mummy agak terharu n rasanya mummy belum byk tahu walaupon mummy agak dewasa dr nana.mummy berharap dgn permulaan nana,mummy juga akan terbuka hati utk menjejaki sperti nana...._.'

    ReplyDelete
  2. Jangan risau kak . Tua atau muda same saje . Nana pun tak sebagus mana . Kita perjuangkan dakwah sama2 kay . Nana akan selalu sokong akak dan berdoa supaya akak akan cepat terbuka hati ... (:

    ReplyDelete
  3. tma kasih...
    nana nanti wen free nana cum n haf talk wit us k

    ReplyDelete