Tuesday, April 12, 2011

Cinta Kepada Ibadah

Sesungguhnya kamu adalah peribadi yang suci zahir batin. Ketika orang-orang kafir berbangga dengan tidak bersuci, ketika orang-orang yang jauh dari Islam membiarkan tubuh dan rambutnya terbuka, ketika bau keringat dan busuk tubuh mereka berhebus meskipun mereka menutupinya dengan semburan haruman berkualiti tinggi, ketika kemalasan dan kejahilian bersemayam dalam diri mereka, pada hati kamu hanya ada cahaya keimanan yang sentiasa melekat di lubuk jiwa. Bagaimana pun situasi yang mengelilingi, kamu tetap melaksanakan ibadah dan ibadah itulah yang membezakan kamu dengan wanita-wanita lain.

  Maka, kamulah muslimah yang sentiasa bangun pagi untuk mengusir syaitan dari diri kamu. Kemudian kamu berwudhu', menyucikan diri dengan semanagt dan penuh ketaatan. Ketika itulah kamu bersiap-siap bertemu dengan yang Maha Agung dan meraih kemenangan bersamaNya. Kamu serahkan kepadaNya segala urusan. Hanya kepadaNyalah kamu berlindung dan memohon pertolongan dari pelbagai golongan sesat. Kamu perbaharui tekad untuk sentiasa berjalan di jalan yang diberkati di atas jejak dan tuntutan para nabi, orang-orang yang soleh. Kamu ikuti jejak Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim a.s serta keluarga mereka seraya berdoa semoga rahmat dan berkah dari yang Maha Terpuji dan Maha Mulia sentiasa melimpah kepada mereka.
 
  Kekhusyukkan ibadah tidak memisahkan kamu dengan kehidupan sehari-hari. Ketika berada di jalan, kamu tundukkan pandangan dan hati suci kamu. Ketika masuk, keluar, pergi atau dalam keadaan bagaimana pun yang kamu ingat hanyalah Allah melalui zikir-zikir yang termetri dalam hati. Maka, setiap ucapan kamu adalah zikir, setiap diam kamu adalah berfikir.

  Kamu pun mendekatkan diri dan peekukuh ikrar keeratan hubungan kamu dengan Allah sebagaimana sifat malaikat, serta menjauhkan diri dari nafsu syahwat dan mendekatkan diri kepada Allah melalui puasa sunnah. Ketika Allah SWT melimpahkan rezeki, kamu akan mendermakan harta kamu tanpa mengharapkan pujian kerana kamu yakin bahawa harta tersebut hanya titipan dariNya. Harta itu kamu belanjakan di jalan yang benar dengan memberikan makanan kepada yang kelaparan, memberikan pakaian untuk menutup aurat kepada yang tidak berpakaian, memenuhi keperluan fakir miskin lainnya, atau membelanjakannya untuk jihad dan keperluan dakwah yang disertai keyakinan penuh akan pahala dan berkah dunia akhirat.

  "...Dan apa sahaja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikit pun tidak akan dianiaya (dirugikan)."
(al-baqarah:272)

  "...Dan perumpmaan oran-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah SWT dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat."

2 comments: