Thursday, March 24, 2011

Cerita

Dengan wajah muram seorang murid bersimpuh di hadapan Syeikhnya. Sang Syeikh dengan wajah dan suara berwibawa bertanya kepadanya, “Apakah gerangan merisaukanmu?”

Wahai Syeikh, sudah lama aku ingin melihat wajah Nabiku walau hanya lewat mimpi. Namun, sampai sekarang keinginanku belum juga termakbul,” jelas si murid.

“Ooo… rupanya itu yang kau inginkan. Tunggu sebentar,” Sang Syeikh mengeluarkan pena, kemudian menuliskan sesuatu untuk muridnya. “Ambil ini dan bacalah setiap hari seribu sekali, Insya-Allah kau akan bertemu dengan Nabimu,” ujar Sang Syeikh.

Dengan wajah berseri pulanglah si murid membawa catatan itu. Namun, setelah beberapa minggu, kembalilah si murid ke rumah sheikhnya memberitahukan bahawa bacaan yang diberikan oleh Tuan Sheikh itu tidak menghasilkan apa-apa. Sang Syeikh segera memberikan bacaan lain. Namun, beberapa minggu kemudian muridnya kembali dengan lesu memberitahukan bahawa bacaan itu pun masih belum menghasilkan apa-apa.

Setelah diam beberapa saat, berkatalah Sang Sheikh,”Nanti malam datanglah engkau ke mari. Aku mengundangmu makan malam.”

Sang murid mengangguk kemudian pulang ke rumahnya. Setelah tiba saatnya, pergilah dia ke rumah Sang Syeikh bagi memenuhi undangannya. Dia merasa hairan melihat Syeikhnya hanya  menghidangkan ikan ikan asin sahaja.

“Makan, makanlah semua ikan itu. Jangan sisakan sedikitpun!” kata Sang Syeikh kepada muridnya.

Disebabkan dia tergolong dalam kalangan murid yang taat, maka dia habiskan semua ikan asin yang ada. Selesai makan, dia merasa kehalusan yang luar biasa kerana memang ikan asin membuat orang mudah kehausan. Dia segera meraih segelas air dingin yang tersedia di hadapannya.

“Letakkan kembali gelas air itu!” perintah Sang Syeikh. “Kau tidak boleh minum air itu hingga esok pagi, dan malam ini kau tidur di rumahku!” arah Sang Syeikh lagi.

Dengan penuh rasa hairan si murid menuruti perintah Syeikhnya. Malam itu dia tidak dapat tidur. Lehernya terasa tercekik kerana kehausan. Dia membolak-balik badannya, hingga akhirnya dia tertidur kerana kelelahan. Apa yang terjadi? Malam itu dia mimpi, Syeikhnya menyondorkan segelas air dingin. Setelah minum, dia terjaga dari tidurnya. Mimpi itu sangat nyata. Seakan benar-benar terjadi padanya.

“Apa yang kau mimpikan?” Tanya Sang Syeikh yang berdiri tidak jauh darinya.

“Syeikh, aku tidak memimpikan Nabiku, aku mimpi minum air!” jelas si murid.

Tersenyumlah Sang Syeikh mendengar jawaban muridnya. Kemudian dengan bijaksana ia berkata, “Jika cintamu pada Nabi seperti cintamu kepada air sejuk itu nescaya kau akan memimpikannya.

Menangislah si murid. Dia baru sedar ternyata dalam hatinya belum cukup rasa cinta kepada Nabi. Dia masih lebih mencintai dunia daripada Nabi. Masih banyak meninggalkan sunahnya. Dia masih belum meneladani akhlaknya. Dia masih lebih mencintai air.

No comments:

Post a Comment