Sesungguhnya tidak satu manusia pun di alam ini yang terbebas dari dosa walaupun kecil. Namun demikian Allah swt dengan rahmatnya kepada hamba-hamba-Nya selalu memberikan kepada mereka yang berbuat dosa kesempatan untuk bertaubat dari segala dosa dan kesalahan. Allah selalu membukakan pintu taubat-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang mau bertaubat selama ruhnya belum berada di kerongkongan atau matahari terbit dari barat.
Taubat dari dosa menurut Al Ghozali adalah kembali kepada Sang Maha Penutup aib dan Yang Maha Mengetahui yang ghaib (Allah swt). Ia merupakan awal perjalan orang-orang yang berjalan, modal orang-orng sukses, langkah awal para pencinta kebaikan, kunci istiqomah orang-orang yang cenderung kepada-Nya, awal pemilihan dari orang-orang yang mendekatkan dirinya, seperti bapak kita Adam as dan seluruh para Nabi.(Ihya Ulumuddin juz IV hal 3)
Tentunya taubat seorang yang berdosa hendaklah dilakukan secara serius dan sungguh-sungguh bukan bertaubat kemudian dengan mudahnya dia mengulangi lagi perbuatan maksiatnya. Inilah yang disebut dengan Taubat Nashuha artinya taubat yang sebenar-benarnya, murni dan tulus, sebagaimana firman Allah swt,”Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb Kami, sempurnakanlah bagi Kami cahaya Kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." (QS. At Tahrim : 8)
Dosa yang dilakukan seorang manusia baik yang terkait dengan Allah swt, seperti : tidak menjalankan perintah-perintah-Nya ataupun dosa yang terkait dengan manusia lainnya, seperti : mencuri harta bendanya dan lainnya, menuntutnya untuk melakukan taubat agar Allah swt memberikan ampunan kepadanya dan manusia yang dizhalimi tersebut memberikan pemaafan kepadanya.
Cara-cara melakukan taubat nashuha :
1. Meninggalkan kemaksiataan yang dilakukannya.
2. Menyesali perbuatannya.
3. Bertekad kuat untuk tidak mengulangi lagi selama-lamanya.
4. Jika terkait dengan hak-hak orang lain maka hendaklah ia mengembalikannya kepada yang memilikinya.
Saya mendapatkan ini dari sebuah laman web:
http://www.eramuslim.com/ustadz-menjawab/tata-cara-taubat-nasuha.htm
Di laman web ini juga awak akan mendapatkan pelbagai soalan dan jawapan yang tertera ..
Feel free to browse that web ...
Monday, April 18, 2011
Apa itu Taubat Nasuha dan Bagaimana ingin melakukannya
Tuesday, April 12, 2011
Cinta Kepada Ibadah
Sesungguhnya kamu adalah peribadi yang suci zahir batin. Ketika orang-orang kafir berbangga dengan tidak bersuci, ketika orang-orang yang jauh dari Islam membiarkan tubuh dan rambutnya terbuka, ketika bau keringat dan busuk tubuh mereka berhebus meskipun mereka menutupinya dengan semburan haruman berkualiti tinggi, ketika kemalasan dan kejahilian bersemayam dalam diri mereka, pada hati kamu hanya ada cahaya keimanan yang sentiasa melekat di lubuk jiwa. Bagaimana pun situasi yang mengelilingi, kamu tetap melaksanakan ibadah dan ibadah itulah yang membezakan kamu dengan wanita-wanita lain.
Maka, kamulah muslimah yang sentiasa bangun pagi untuk mengusir syaitan dari diri kamu. Kemudian kamu berwudhu', menyucikan diri dengan semanagt dan penuh ketaatan. Ketika itulah kamu bersiap-siap bertemu dengan yang Maha Agung dan meraih kemenangan bersamaNya. Kamu serahkan kepadaNya segala urusan. Hanya kepadaNyalah kamu berlindung dan memohon pertolongan dari pelbagai golongan sesat. Kamu perbaharui tekad untuk sentiasa berjalan di jalan yang diberkati di atas jejak dan tuntutan para nabi, orang-orang yang soleh. Kamu ikuti jejak Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim a.s serta keluarga mereka seraya berdoa semoga rahmat dan berkah dari yang Maha Terpuji dan Maha Mulia sentiasa melimpah kepada mereka.
Kekhusyukkan ibadah tidak memisahkan kamu dengan kehidupan sehari-hari. Ketika berada di jalan, kamu tundukkan pandangan dan hati suci kamu. Ketika masuk, keluar, pergi atau dalam keadaan bagaimana pun yang kamu ingat hanyalah Allah melalui zikir-zikir yang termetri dalam hati. Maka, setiap ucapan kamu adalah zikir, setiap diam kamu adalah berfikir.
Kamu pun mendekatkan diri dan peekukuh ikrar keeratan hubungan kamu dengan Allah sebagaimana sifat malaikat, serta menjauhkan diri dari nafsu syahwat dan mendekatkan diri kepada Allah melalui puasa sunnah. Ketika Allah SWT melimpahkan rezeki, kamu akan mendermakan harta kamu tanpa mengharapkan pujian kerana kamu yakin bahawa harta tersebut hanya titipan dariNya. Harta itu kamu belanjakan di jalan yang benar dengan memberikan makanan kepada yang kelaparan, memberikan pakaian untuk menutup aurat kepada yang tidak berpakaian, memenuhi keperluan fakir miskin lainnya, atau membelanjakannya untuk jihad dan keperluan dakwah yang disertai keyakinan penuh akan pahala dan berkah dunia akhirat.
"...Dan apa sahaja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikit pun tidak akan dianiaya (dirugikan)."
(al-baqarah:272)
"...Dan perumpmaan oran-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah SWT dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat."

Thursday, April 7, 2011
Rahsia dan Hikmah Sembahyang
Segala ibadah dalam Islam mengandungi rahsia dan hikmah yang besar dan amat berfaedah bagi yang mengerjakannya. Ibadah sembahyang yang merupakan seutama-utama ibadah mempunyai rahsia dan hikmah yang amat besar dan mendatangkan pengaruh dalam kehidupan seseorang Muslim, di antaranya ialah;
- Dapat mengingatkan seseorang kepada Allah seperti hidupkan rasa takut kepada-Nya, menghidupkan rasa takut menambahkan rasa kebesaran, ketiggian dan keagungan Allah. Sembahyang pada hakikatnya sembahyang dapat menyuburkan pokok dan asas-asas tauhid di dalan jiwa seta haluskan jiwa dan menghaluskan budi pekerti insan. Di samping itu sembahyang juga merupakan tali penghubung yang menghubungkan antara para hambs dengan Allah melalui doa dan zikir yang dibaca ketika sembahyang.
- Dapat mendidik dan melatih umat Islam menjadi orang yang tenang dan dapat menghadapi segala kesusahan denagn hati yang tenang di samping dapat menghilangkan sifat tamak. Sesunguhnya orang yang benar-benar mendirikan solat sekali-kali takut akan kemiskinan dan kepapaan dengan kerana banyak mengluarkan harta di jalan Allah. Justeru itu sembahyang dapat menguatkan istiqamah, menguatkan disiplin, hati-hati dan tidak tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu amal kebajikan.
- Dapat menghalang dari perkara-perkara keji dan mungkar. Sesungguhnya segala amalan dalam sembahyang menghidupkan di dalam diri dan jiwa manusia perasaan membesarkan dan mengagungkan Allah. Oleh itu perasaan inilah yang dapat menyelamatkan menusia dari melakukan maksiat dan taat kepada Allah.
"Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah manusia berbuat perkara keji dan mungkar."
"Hai anakku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah orang berbuat yang baik dan laranglah berbuat yang jahat serta sabarlah atas cubaan yang menimpamu. Sesungguhnya demikian itu pekrjaan yang dicita-citakan."
- Dapat melatih dan mendidik ahli keluarga mencintai ibadah dengan mengharapkan keradhaan Allah.
Seperti dalam firman Allah:
Ya Tuhanku jadikanlah aku seorang yang mendirikan sembahyang begitu juga anak-anakku, ya
Tuhan kami. Dan perkenankanlah doaku.
- Memperoleh Pembalasan Dan Anugerah Yang Baik Dari Allah. Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang sentiasa limpahkan anugerahNya kepada hamba-hambaNya yang taat mengrjakan segala perintahNya dengan tekun dan ikhlas dengan berapa darjat yang dikehendaki.
Thursday, March 24, 2011
Cerita
Dengan wajah muram seorang murid bersimpuh di hadapan Syeikhnya. Sang Syeikh dengan wajah dan suara berwibawa bertanya kepadanya, “Apakah gerangan merisaukanmu?”
Wahai Syeikh, sudah lama aku ingin melihat wajah Nabiku walau hanya lewat mimpi. Namun, sampai sekarang keinginanku belum juga termakbul,” jelas si murid.
“Ooo… rupanya itu yang kau inginkan. Tunggu sebentar,” Sang Syeikh mengeluarkan pena, kemudian menuliskan sesuatu untuk muridnya. “Ambil ini dan bacalah setiap hari seribu sekali, Insya-Allah kau akan bertemu dengan Nabimu,” ujar Sang Syeikh.
Dengan wajah berseri pulanglah si murid membawa catatan itu. Namun, setelah beberapa minggu, kembalilah si murid ke rumah sheikhnya memberitahukan bahawa bacaan yang diberikan oleh Tuan Sheikh itu tidak menghasilkan apa-apa. Sang Syeikh segera memberikan bacaan lain. Namun, beberapa minggu kemudian muridnya kembali dengan lesu memberitahukan bahawa bacaan itu pun masih belum menghasilkan apa-apa.
Setelah diam beberapa saat, berkatalah Sang Sheikh,”Nanti malam datanglah engkau ke mari. Aku mengundangmu makan malam.”
Sang murid mengangguk kemudian pulang ke rumahnya. Setelah tiba saatnya, pergilah dia ke rumah Sang Syeikh bagi memenuhi undangannya. Dia merasa hairan melihat Syeikhnya hanya menghidangkan ikan ikan asin sahaja.
“Makan, makanlah semua ikan itu. Jangan sisakan sedikitpun!” kata Sang Syeikh kepada muridnya.
Disebabkan dia tergolong dalam kalangan murid yang taat, maka dia habiskan semua ikan asin yang ada. Selesai makan, dia merasa kehalusan yang luar biasa kerana memang ikan asin membuat orang mudah kehausan. Dia segera meraih segelas air dingin yang tersedia di hadapannya.
“Letakkan kembali gelas air itu!” perintah Sang Syeikh. “Kau tidak boleh minum air itu hingga esok pagi, dan malam ini kau tidur di rumahku!” arah Sang Syeikh lagi.
Dengan penuh rasa hairan si murid menuruti perintah Syeikhnya. Malam itu dia tidak dapat tidur. Lehernya terasa tercekik kerana kehausan. Dia membolak-balik badannya, hingga akhirnya dia tertidur kerana kelelahan. Apa yang terjadi? Malam itu dia mimpi, Syeikhnya menyondorkan segelas air dingin. Setelah minum, dia terjaga dari tidurnya. Mimpi itu sangat nyata. Seakan benar-benar terjadi padanya.
“Apa yang kau mimpikan?” Tanya Sang Syeikh yang berdiri tidak jauh darinya.
“Syeikh, aku tidak memimpikan Nabiku, aku mimpi minum air!” jelas si murid.
Tersenyumlah Sang Syeikh mendengar jawaban muridnya. Kemudian dengan bijaksana ia berkata, “Jika cintamu pada Nabi seperti cintamu kepada air sejuk itu nescaya kau akan memimpikannya.
Menangislah si murid. Dia baru sedar ternyata dalam hatinya belum cukup rasa cinta kepada Nabi. Dia masih lebih mencintai dunia daripada Nabi. Masih banyak meninggalkan sunahnya. Dia masih belum meneladani akhlaknya. Dia masih lebih mencintai air.
Mengurat ?
Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.
Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.
Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.
Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.
Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.
Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.
Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.
Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.
Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)
Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.
Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.
Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.
Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.
Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab

Sunday, March 20, 2011
Rahsia Pergerakan Otot Dalam Solat
Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.
Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.
Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain otot lagi.
Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.
Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.
Solat tahajjud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.
Subscribe to:
Posts (Atom)